Mesyuarat Majlis Tindakan Membasmi Dadah (MTMD) Daerah Temerloh telah dilangsungkan pada 13 Jun 2008(Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Wisma Persekutuan Temerloh.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Abu Jamal bin Nordin (A.A.P), Pegawai Daerah Temerloh.
Seramai 22 orang dari 14 Jabatan telah menghadiri mesyuarat ini. Antara lain, kandungan mesyuarat banyak berkisar kepada permasalahan dadah semasa dalam daerah Temerloh. Beberapa perkara telah dicadangkan untuk menggalakan lebih ramai pihak bekerjasama dan sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam usaha membanteras dadah.
Pada ketika ini, statistik penagih dadah dalam daerah Temerloh secara purata adalah seramai 1/1000 orang. Ini bermakna, kedudukan Temerloh adalah pada peratusan 0.01% dan masih merupakan kawasan putih. Namun begitu, usaha berterusan perlu digerakan dengan lebih baik dan tersusun bagi mencegah penularan masalah ini menjadi lebih membimbangkan.
ingatlah, dadah pemusnah, musnahkan dadah !!
<><>aNa_08<><>
Rabu, 18 Jun 2008
Langgan:
Ulasan (Atom)